Monday, February 4, 2013

@##$$%%^^&*()_+!~ salam sayang dr saya utk ALLAH!! @##$$%%^^&*()_+!~ salam sayang dr saya utk ALLAH!!

Melayari bahtera ithar!! =p


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah selesai sudah exam midyear nie.. doakan keputusannya mumtaz!! dah lama tak update blog.. kali nie just nak sharing beberapa ayat yang slalu bagi semangat kepada diri saya.. jom tadabbur!!

(2:153) ::

Wahai orang orang beriman! mohonlah pertolongan(kepada ALLAH) dendan SABAR dan   SOLAT.. Sesungguhnya ALLAH beserta dengan orang yang sabar..

~ Allah dah pesan dalam ayat nie,, Allah minta orang yg beriman untuk minta tolong pada ALLAH tapi ada 2 characteristics.. SABAR dan SOLAT!! huh.. manusia jarang bersabar dan sering mengeluh andai diberi ujian.. kerana apa manusia suka mengeluh?? seterusnyaa....

(70:19-23) ::  

19: Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh 
20: apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah
21: dan apabila ia mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir
22: kecuali orang orang yang melaksanakan solat
23: mereka yang tetap SETIA melaksanakan SOLAT

~ Jelas ALLAh terangkan dalam ayat nie yang manusia ini memang suka mengeluh,, kecuali mereka yang still mengerjakan solat dan SETIA!!! 
~ dan kenapa manusia mengeluh?? pasti ia tidak mendapat apa yang diinginkannya.. contohnya,, tak dapat mumtaz dalam exam.. tak cukup duit.. tak dapat pegie tmpat yg nak pegiee... semua yang taklaaa... dan apakah ubat untuk masalah ini?? seterusnyaaa...

(53:39-44) ::

39: dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,,                                                                            
40: Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya
41: kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna
42: Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)
43: Dan sesungguhnya Dia lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis
44: Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan..

~ ALLAH dah bagi tahu awal awal,, kita hanya akan dapat apa yg kita usahakan.. 
kalau kita rajin belajar+doa+tawakkal+ikhtiar+tak lupa ALLAH= insyALLAH mumtaz!! 
~ ALLAH jugalah yg buatkan kita menangis dan ketawa!! hargai setiap saat!! =))

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cukuplah tiga ayat dulu!! hehee.. insyALLAH ada masa kita tadabbur lagi.. doakan saya berjaya dunia dan akhirat!! AMIN!! doakan wishlist dunia dan akhirat saya tercapai!! =p

p/s: merindui si "mereka" di MALAYSIA,, dan si "DIA" x tahu kat mane!!! =p

Thursday, November 1, 2012

gravity vs ALLAH.. =)) gravity vs ALLAH.. =))

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah setelah sebulan bergelar pelajar medic al azhar lil banat,, kaherah,, mesir,, kali ini baru mempunyai kesempatan untuk update blog.. alhamdulillah sepanjang berada di bumi anbiya’ dan bumi firaun,, sangat banyak tarbiyah yang direct dr ALLAH swt.. dan ujian laa yg meletakkan di mana tahap kebergantungan kita pada allah swt..

CONVERSATION::

(sambil memandang aku,, dia membaling handphone di tangan ke udara,, dengan pantas handphone tersebut jatuh semula ke tangan pemiliknya,, berulang kali dia melakukan perbuatan tersebut) “Perasaan tak handphone nie senang jee jatuh ke bawah??” .. aku mengangguk tanda setuju..

“Perasan tak semua bnda yang jatuh ke bawah senang jee tanpa ada sebarang rintangan??”..

 sekali lagi aku mengangguk..

 “Sebab ape tahu tak”??

 hmmm.. soalan senang.. dengan pantas dan simple aku jawab.. “ Gravity”

“hmmm,, btull.. kalau kite naik tangga lagi senang kee?? Atau turun tangga lagi senag??

” Banyak pulak soalannyee.. “ of courselaa turun”.. “tahu x sebab ape??”

 Tanpa berfikir panjang aku terus menjwab.. “ntah”

 “sebabnya kita jauh dari gravitylaa,, sebab tuh susah nak naik tangga,, kalau turun maksudnya kita menghampiri gravity” “sama jugak kalau kita dengan ALLAH SWT,, kalau kita rapat dengan ALLAH SWT sang KHALIQ kita,, CINTA HATI kita,, insyALLAH semua urusan akan rasa mudah.. dan setiap ujian akan terasa manis.. and berbeza kalau kita jauh dari ALLAH SWT,, surely akan rase resah,, senang nak nangis,, senang putus asa,, malas,, dan semua sifat sifat mazmumah.. 

~~SUBHANALLAH.. lemahnya kebergantungan aku pada ALLAH.. terima kasih ALLAH kerana mengilhamkan kata kata ini pada aku menerusi sahabat aku..
p/s: amanah yang diberikan padaku untuk mnjadi leader first batch azhar medic lil banat al azhar,, insyALLAh akan digalas sebaik mungkin.. saat menerima amanah,, aku yakin bahawa ALLAh tetapkan namaku untuk menjadi ketua.. dan aku yakin ada ganjaran disebalik semua kepenatan.. senyuman meruntuhkan segala kepenatan.. =))

Saturday, September 15, 2012

kembalikan senyuman mu.. =)) kembalikan senyuman mu.. =))

assalamualaikum wbt.. jangan lupe jawab salam saya..

ingat lagi waktu dulu,, kawan2 ada masalah mesti dtg kat kite,, share,, and kite pon bagi nasihat.. tapi bila bnda yg same jadi kat diri sendiri?? hilang terus motivasi dalam diri dan terus rasa down..
Memang benarlaa org kata "JIKA KITA TIDAK MENGALAMI KITA TAKKAN MEMAHAMI"

Tetiba rasa macam nak kembali pada zaman kanak2,, bila kita sedih,, ada org sentiasa bersama iaitu keluarga.. even small thing yg kita buat mesti menarik perhatian org lain.. dan time kecik2 mesti kita selalu buat org trsenyum dgan kerenah kita yg comel2..=) bila dah besar,, smua dah berubah.. x boleh nak bergantung pada org.. kadg2 tindakan kita boleh buat org benci kita..

Dengarlaa hadith ini dan hayatilah,, agar ia mampu memberi motivasi supaya senyuman itu kembali lagi.. =))
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

kita selalu menggunakan perkataan kalau.. contohnya,, "kalau kite tak lalu jalan nie,, mesti tak payah kena lalui kesesakan lalu lintas".. "kalau aku balik rumah,, mesti aku tak kena ragut",, and etc..
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)

so muslims,, elakkan guna "KALAU",, kerana ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menerima qada' dan qadar dr ALLAH SWT.. bagi sy,, pentarbiyahan paling susah ialah,, saat diri ini ingin menerima qada' dan qadar dr ALLAH SWT..
“Andai melupakan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka lupakanlah,
andai berjauhan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka jauhilah
dan andai melaksanakan kecintaan pada sebuah kebencian berupaya mendidik kesabaran, maka bercintalah.”

Redhalah saat diri diuji,, hiasilah wajah dengan senyuman,, walaupun ia amat berat.. jadilah mukmin yang kuat,, kerana ia lebih disayangi ALLAH.. =))
Lindungi kesedihan dengan senyuman,,
meskipun dihati penuh kedukaan,,
kerana ketabahan menghadapi dugaan,,
menunjukkan kita mempunyai iman..

Thursday, August 23, 2012

ciri-ciri isteri solehah =) ciri-ciri isteri solehah =)

assalamualaikum wbt.. =)) jangan lupe jawab salam saya.. =))

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
.
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
.
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

"kalau nak kehidupan rumah tangga yang romantis,, caring,, loving,, understanding,, & etc,, study laa pasal sirah2 nabi.. tak payah laa kite jadikan cerita2 barat mahupun korea & japan sbgai panduan UTAMA utk brjaya dalam khidupn rumah tangga.. Nabi muhammad dulu pon sweet ape.. main kejar2 dgan isteri dia.. berapa ramai pasanagn sekarang yang beramal dengan hadith ini.. ". Nabi saw sering berpegangan tangan dengan isteri, antaranya dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Sabda Nabi saw:"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan (dengan menyelitkan jari-jemari mereka), maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Tuesday, June 19, 2012

Law kana bainana.. Law kana bainana..

assalamualaikum wbt.. jangan lupa jawab salam saya..

Nabi Muhammad SAW,, merupakan orang yang paling berpengaruh di kalangan kita,, walaupun baginda sudah wafat lebih kurang 1400 tahun yang lepas,, namun nama baginda masih tetap setia di bibir kita.. Hebat baginda!!
They say you can never love someone,, whom you have never seen,,
I just smiled and said..
I haven't seen My Prophet MUHAMMAD SAW,, but i love him dearly,, =))

Pasti kita pernah melalui saat2 kesedihan apbila mengenangkan tentang perjuangan baginda,, saat kewafatan baginda,, jasa,, kenangan,, kesakitan baginda,, dan sebagainya.. SUBHANALLAH,, memang selayak-layaknya baginda ditempatkan di syurga dan digelarkan sebagai kekasih ALLAH SWT..

KALAU NABI MUHAMMAD SAW MASIH BERADA DI KALANGAN KITA SEKARANG SAYA AKAN:

1~ Jumpa baginda,, dan jadikan baginda sebagai rujukan saya dalam setiap permasalahan,,

2~ saya akan sentiasa merindui bau wangi baginda,, hingga terasa setiap saat nak berada di samping baginda..

3~ saya akan minta baginda benarkan saya ikut beliau dalam aktiviti dakwah..

4~ saya akan minta kepada baginda dengan rendah diri supaya memohon kepada ALLAH segala dosa saya dapat diampunkan,, kerana saya yakin nabi muhammad itu kekasih ALLAH,,

5~ saya sentiasa meminta dorongan dan kata-kata semangat daripada baginda,, kerana saya yakin segala yang terkeluar daripada kata-kata nabi muhammad itulah adalah ilham daripada ALLAH..

6~ saya akan menyatakan perasaan sayang saya kepada baginda,,

7~ saya akan bina rumah berhampiran dengan baginda supaya saya mampu untuk melihat wajahnya selalu..

ok,, terlalu banyak yang saya inginkan kalau saya dapat berjumpa nabi muhammad,, namun saya tahu,, saya hanya akan dapat bertemu baginda dengan keadaan yang aman dan bahagia saat saya berada di syurga yang abadi,, saya yakin ALLAH akan makbulkan segala permintaan saya untuk menatap wajah baginda bila saya di syurga nanti!! i really love u YA RASULULLAH SAW!!