Saturday, September 15, 2012

kembalikan senyuman mu.. =))

assalamualaikum wbt.. jangan lupe jawab salam saya..

ingat lagi waktu dulu,, kawan2 ada masalah mesti dtg kat kite,, share,, and kite pon bagi nasihat.. tapi bila bnda yg same jadi kat diri sendiri?? hilang terus motivasi dalam diri dan terus rasa down..
Memang benarlaa org kata "JIKA KITA TIDAK MENGALAMI KITA TAKKAN MEMAHAMI"

Tetiba rasa macam nak kembali pada zaman kanak2,, bila kita sedih,, ada org sentiasa bersama iaitu keluarga.. even small thing yg kita buat mesti menarik perhatian org lain.. dan time kecik2 mesti kita selalu buat org trsenyum dgan kerenah kita yg comel2..=) bila dah besar,, smua dah berubah.. x boleh nak bergantung pada org.. kadg2 tindakan kita boleh buat org benci kita..

Dengarlaa hadith ini dan hayatilah,, agar ia mampu memberi motivasi supaya senyuman itu kembali lagi.. =))
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

kita selalu menggunakan perkataan kalau.. contohnya,, "kalau kite tak lalu jalan nie,, mesti tak payah kena lalui kesesakan lalu lintas".. "kalau aku balik rumah,, mesti aku tak kena ragut",, and etc..
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat Bukhari)

so muslims,, elakkan guna "KALAU",, kerana ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menerima qada' dan qadar dr ALLAH SWT.. bagi sy,, pentarbiyahan paling susah ialah,, saat diri ini ingin menerima qada' dan qadar dr ALLAH SWT..
“Andai melupakan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka lupakanlah,
andai berjauhan dapat mendidik sebuah kesabaran, maka jauhilah
dan andai melaksanakan kecintaan pada sebuah kebencian berupaya mendidik kesabaran, maka bercintalah.”

Redhalah saat diri diuji,, hiasilah wajah dengan senyuman,, walaupun ia amat berat.. jadilah mukmin yang kuat,, kerana ia lebih disayangi ALLAH.. =))
Lindungi kesedihan dengan senyuman,,
meskipun dihati penuh kedukaan,,
kerana ketabahan menghadapi dugaan,,
menunjukkan kita mempunyai iman..

1 comment: