Saturday, August 13, 2011

tazkirah ramadhan,,=)





assalamualaikum W.B.T.. sedikit ilmu utk dikongsi oleh saya kepada anda semua,,=)
semoga kite smua mndapat keberkatan dan pengampunan daripada allah s.w.t,,=)



Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari
kamu supayakamu bertaqwa.





1) Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d,
sabda Rasulullah:

Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali
dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang
berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang
yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai
ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya

2) Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda
Rasulullah:

Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3) Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar    bahawa
Nabi bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka
mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4) Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,
Rasulullah  bersabda:

Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu
mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

5) Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:

Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya
Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

6) Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga,
ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

7) Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada
Abu Hurairah:

Maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan
sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak
Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan
Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku,
bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan
kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang
berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

assalamualaikum W.B.T,, smga sentiasa diberkati ALLAH,,=)

No comments:

Post a Comment