Friday, February 3, 2012

sahabat!!

Assalamualaikum w.b.t,,=) jgan lupe jawab salam saye..

nampaknye entry saye kali niee saya nak bercerita pasal SAHABAT!! hurmp ape hebat sangat dengan perkataan "sahabat" nie.. ia nya akan dirasa hebat oleh mereka yang sangat menghargai sahabat..

Kalau anda tanya saya antara PERSAHABATAN dan PERCINTAAN,, saya akan pilih PERSAHABATAN.. kerana setakat umur saya hidup di dunia ini saya rasakan PERSAHABATAN sangat hebat impaknya.. INSYAALLAh,, kalau bersahabat kerana ALLAH S.W.T,, kita akan bercita-cita untuk ke syurga bersamanya..

saya pernah terbaca salah satu status HILAL ASYRAF,,

Sahabat itu untuk saya mahal.
Kerana itu jika dia terjun ke dalam neraka,
saya sanggup terjun juga untuk mengambilnya semula.


hebatkan hilal asyraf nie,, sampai macam tuh,, mahabbah die terhadap sahabat2 nye..=)saya sure korang mesti selalu cerita problem korang kat SAHABAT korang,, walaupun korang tahu,, die tak boleh nak settlekan masalah korang kan.. hanya ALLAH jee yang boleh settlekan masalah kite..

habis tuh kenapa nak cerita kat SAHABAT?? sebab kita nak menunaikan hak die sebagai sahabat kita.. pada saya,,sahabat itu,, seseorang yang kita berkongsi suka dan duka.. Jadi tidak salah jika hanya menceritakan masalah selagi tidak terlalu aib untuk diri saya.. saya berbuat begitu,, kerana saya sendiri mengharapkan SAHABAT saya bercerita mengenai kehidupan nya dengan saya..=)jika kita mengharapkan untuk mendapat sahabat yang baik,, KITA perlu menjadi baik terlebih dahulu..


Teringat pula saya kata2 indah dari saidina Umar Al-Khattab..

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab



hebatnya persahabatn itu dalam ISLAM.. jadi jangan lupa tunaikan hak sahabat kita.. jgan sampai mereka berkecil hati..=)
& salah satu cara untuk mendapat haluwatul iman ialah dengan mengasihi sahabat hanya kerana lillahitaala.. insyaALLAH..

insyaAllah perjumpaan dan perpisahan itu akan dirasakan nikmat andai ditaburi dengan iman dan taqwa..=)

No comments:

Post a Comment